TPM: Pra-sekolah jadi sebahagian sistem pendidikan

Posted by Taska Tahfiz Gemilang in



Jul 21, 09 11:19am
* NONEKerajaan berhasrat menjadikan pra-sekolah sebahagian daripada sistem pendidikan negara sebagai satu cara meningkatan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan para pelajar.LAGI
*
Tingkat kuasa B1
Tegas Muhyiddin


TPM: Pra-sekolah jadi sebahagian sistem pendidikan
Jul 21, 09 11:19am
Kerajaan berhasrat menjadikan prasekolah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan sebagai satu daripada usaha memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) di kalangan pelajar dari peringkat awal persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata melalui usaha itu, guru-guru terlatih dalam Bahasa Inggeris akan dibekalkan ke sekolah-sekolah tersebut bagi meningkatkan pembelajaran bahasa itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata usaha itu pada dasarnya telahpun dipersetujui namun belum tahu bila akan dilaksanakan, dan ia juga selaras dengan usaha kerajaan untuk mewajibkan kelulusan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lapor Bernama.

"Kalau di peringkat prasekolah kita boleh memasukkan satu tempoh jangka waktu (pembelajaran BI) yang sesuai dengan guru yang terlatih mungkin tidak sampai enam tahun (sekolah rendah), dalam masa dua tiga tahun sahaja sudah pasti boleh kita kuasai.

"Kalau tak cukup enam tahun (sekolah rendah) tambah lagi lima tahun (sekolah menengah) sampai ke peringkat SPM takkanlah gagal juga (dalam peperiksaan SPM)?," katanya di majlis perhimpunan bersama warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan sedar terdapat pihak yang bimbang bahawa syarat wajib lulus Bahasa Inggeris akan menyebabkan ramai pelajar terutama pelajar luar bandar kandas dalam peperiksaan SPM.

Beliau berkata keputusan peperiksaan SPM 2008, contohnya, hanya 26.9 peratus calon luar bandar yang lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, bermakna 73.1 peratus pelajar luar bandar akan gagal memperolehi sijil sekiranya syarat itu dilaksana.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan 'menurunkan untuk melaraskan' dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan negara.

Sebaliknya, kata Muhyiddin, kerajaan perlu berani untuk mengambil pendekatan 'meningkatkan untuk melaraskan' iaitu berusaha sedaya upaya meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai sesuatu ilmu sehingga mereka boleh menguasai ilmu itu dengan baik.

"Dalam konteks penguasaan Bahasa Inggeris, syarat wajib lulus BI adalah usaha 'meningkatkan untuk melaraskan' yang akan mengangkat keupayaan pelajar-pelajar kita, terutama pelajar luar bandar untuk menguasai BI dengan lebih baik dan sekaligus membolehkan mereka bersaing dalam dunia yang semakin kompetitif," katanya.

Muhyiddin berkata dasar itu mungkin dilaksanakan tidak lama lagi, namun usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris terutama di kalangan pelajar luar bandar mesti bermula sekarang.

0 Responses to "TPM: Pra-sekolah jadi sebahagian sistem pendidikan"

Leave a Reply