PENGENALAN

Posted by Taska Tahfiz Gemilang

Seorang pujangga pernah berkata “ Mendidik anak ketika kecil ibarat mengukir di atas batu, manakala mendidik anak apabila telah dewasa pula ibarat melukis di atas air”

Untuk itu Tadika tahfiz Gemilang yang dikendalikan sepenuhnya oleh PTG berhasrat mewujudkan medan awal untuk mendidik anak-anak muslim ke arah insan yang kamil. Di sini juga anak-anak akan diasuh dengan bi’ah solehah tanpa menekankan aspek peperiksaan semata-mata tapi lebih kepada orientasi ilmu pengetahuan.

OBJEKTIF

Menyediakan pendidikan pra sekolah merangkumi pendidikan agama dengan penekanan kepada bahasa Inggeris, Arab dan pra tahfiz. Kurikulum dan korikulum tadika islam telah di olah untuk persediaan awal generasi muda ke alam persekolahan kelak.

WAKTU PERSEKOLAHAN

07.45 PG Wudhuk
08.00 PG Bacaan Yassin
08.15 PG Kelas Akademik (Subjek Teras)
10.20 PG Rehat / Minum Pagi
10.45 PG Sambungan Kelas
12.00 PG Makan Tengahari / Rehat
02.00 PTG Mandi / Solat Zuhur Berjemaah
02.40 PTG Sambungan Kelas Pengajian
03.25 PTG Wudhuk
03.35 PTG Yassin
03.50 PTG Minum Petang
04.00 PTG Persiapan Balik

OPERASI TTG
Dari Januari hingga Disember
5 Hari seminggu kecuali Jumaat & Cuti Umum
Jumlah pelajar 10 sekelas

KURIKULUM TTG
- Matapelajaran Akademik
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin,Mathematics, Basic Science,Pra IT, Pend Jasmani, Kreativiti& Edu Games. Penguasaan pembacaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga dimantapkan lagi melalui Program Bacalah Anakku dan juga Program ReadEasy, Manakala Mathematic pula menggunakan modul Mental Arithmetic.

- Matapelajaran Agama
Tauhid, Ibadat, Akhlak, Fekah, Sirah dan juga Jawi/ Bahasa Arab serta Iqra’. Juga diberi penekanan dalam Amali solat dan juga hafalan doa-doa termasuk bacaan-bacaan didalam sembahyang.

AKTIVITI

- Sambutan Hari Lahir
sambutan kebiasaanya disambut 3 bulan sekali, kerana meraikan anak-anak yang lahir dalam tempoh tersebut disambut serentak.

- Sambutan Hari Bapa & Ibu
sebagai program penghargaan buat ibubapa, anak-anak mereka akan hadiahkan mereka dengan kad ucapan serta hadiah berbentuk rekaan sendiri daripada anak mereka

- Sambutan Hari Guru
program yang disambut setiap 16 Mei setiap tahun, untuk menghargai sumbangan guru

- Sambutan Hari Buah-buahan
program berbentuk jamuan makanan buah-buahan tempatan, ibubapa dan guru turut serta dalam memeriahkan program tersebut

- Lawatan Sambil Belajar
program outdoor mengenali tempat-tempat menarik di sekitar dan juga mempelajari tentang kejadian sesuatu benda.

- Mandi Kolam
aktiviti mandi kolam hanya terhad di sekitar Kuala Terengganu sahaja buat masa ini, aktiviti ini sekadar mengisi slot riadhah untuk anak-anak di Tadika

- Peperiksaan
Semua pelajar akan diuji dengan penilaian berdasarkan target pencapaian setiap bulan, pelajar akan diuji dengan soalan ujian lisan dan bertulis.

- Hari Keluarga & Sukan (Hakedasu)
semua pelajar dan ibubapa diraikan dalam satu program berbentuk sukaneka dalam sehari. Kebiasaan program akan dibuat pada hari Sabtu.

- Hari Pertandingan Bakat & Keseiaan Islam (HEBAT)
program untuk mencungkil bakat dan potensi di kalangan pelajar Tadika supaya dapat menonjolkan kreativiti mereka kepada ibubapa masing-masing

- Konvokesyen & Penyampaian Hadiah
program meraikan anak-anak Tadika berusia 6 tahun untuk menerima sijil dan hadiah atas usaha mereka selama berada di TTG

-Perarakan Maulidur Rasul & Hari Kemerdekaan
pelajar diminta meraikan hari kebesaran Islam dan negara agar mencintai agama dan juga negara.

0 Responses to "PENGENALAN"

Leave a Reply